Setiap orang pastinya mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Demikian juga dalam saya mengenal Nur Syahadah binti Salim yang berumur 21 tahun (lahirnya pada 20 januari 1998 ye).
Sebelumnya saya tak pernah mempunyai sahabat dari Sarawak tetapi dari dia lah saya belajar bahasa Sarawak dan lainnya.
Inilah sikapnya yang boleh diambil dan diamalkan dalam dunia pendidikan iaitu suka berkongsi ilmu dengan orang lain. Selagi dia tahu sesuatu ilmu, pasti dia akan membantu orang lain dengan berkongsi ilmu tersebut walaupun pada sebahagian orang itu hanya ilmu yang mudah dipelajari.
Selain itu, dia seorang yang mudah untuk memberi kerjasama dalam sesuatu perkara. Sikap ini perlu ada pada seorang pendidik kerana sikap kerjasama yang diberikan akan memudahkan urusan orang lain. Seorang guru perlu mempunyai sikap kerjasama dalam semua bidang agar masalah dapat diatasi dengan sebaiknya. Tanpa kerjasama, pasti sesuatu masalah sukar diselesaikan bagi seorang pendidik.
Sepanjang saya mengenali dia, sikapnya yang mudah mesra dengan orang lain membuatkan orang sekeliling merasa aman dan mudah bergaul dengannya. Sikap ini perlu ada pada seorang yang bakal menjadi guru. Ini akan memudahkan murid-murid untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan terhadap sesuatu masalah yang mereka hadapi terutama dalam proses pembelajaran. Sekaligus perkara ini akan menyelesaikan masalah murid yang kurang memberi respon ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.







