![]() |
| Pulau Berhala, Sandakan, Sabah. |
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal harap tak menyampah. Maka marilah berkenalan seketika.
![]() |
Nama saya Mariati binti Sali, dilahirkan di Sandakan, Sabah pada 16 Mei 1994 (16 mei bersamaan hari guru tau..ermm), sesuailah dengan bidang saya dalam pendidikan. Orang kata bakal-bakal guru. Amiinn. Sebelumnya saya menuntut ilmu di sekolah (swasta) As-Salam. Meskipun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah kerajaan kerana masalah dokumen/ surat pengenalan diri tetapi kini, saya telah pun menjejakkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Kepujian. Alhamdulillah.
![]() |
| Bukit Changkat Asa Mualim, Tanjung Malim, Perak. |
Mengumpul koleksi buku dan melakukan aktiviti mendaki (hiking) adalah sebahagian aktiviti yang diminati tetapi mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama bukanlah mudah (maklumlah mendaki ni sebenarnya memenatkan juga ye..hehe)
![]() |
| Tanjung Tuan atau Cape Rachado, Melaka |
Demikianlah, setinggi mana kita berada pasti ada kekurangan kerana manusia tidak lepas dari kesilapan. Maka jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat ketika susah mahupun senang dan teruslah melangkah
walaupun kadang kaki terasa berat melangkah. Ingat!! Rest if you must but don't quit😉




No comments:
Post a Comment