Sunday, December 29, 2019

Kawan baru

Setiap orang pastinya mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Demikian juga dalam saya mengenal Nur Syahadah binti Salim yang berumur 21 tahun (lahirnya pada 20 januari 1998 ye).
Sebelumnya saya tak pernah mempunyai sahabat dari Sarawak tetapi dari dia lah saya belajar bahasa Sarawak dan lainnya. 

Inilah sikapnya yang boleh diambil dan diamalkan dalam dunia pendidikan iaitu suka berkongsi ilmu dengan orang lain. Selagi dia tahu sesuatu ilmu, pasti dia akan membantu orang lain dengan berkongsi ilmu tersebut walaupun pada sebahagian orang itu hanya ilmu yang mudah dipelajari.

Selain itu, dia seorang yang mudah untuk memberi kerjasama dalam sesuatu perkara. Sikap ini perlu ada pada seorang pendidik kerana sikap kerjasama yang diberikan akan memudahkan urusan orang lain. Seorang guru perlu mempunyai sikap kerjasama dalam semua bidang agar masalah dapat diatasi dengan sebaiknya. Tanpa kerjasama, pasti sesuatu masalah sukar diselesaikan bagi seorang pendidik.


Sepanjang saya mengenali dia, sikapnya yang mudah mesra dengan orang lain membuatkan orang sekeliling merasa aman dan mudah bergaul dengannya. Sikap ini perlu ada pada seorang yang bakal menjadi guru. Ini akan memudahkan murid-murid untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan terhadap sesuatu masalah yang mereka hadapi terutama dalam proses pembelajaran. Sekaligus perkara ini akan menyelesaikan masalah murid yang kurang memberi respon ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.





ISU PENDIDIKAN DALAM MALAYSIA


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ponteng-sekolah-catat-rekod-tertinggi-salah-laku-disiplin-2017-171057



Melalui laman berita AstroAwani yang bertarikh 21 mac 2018, kita dapat memahami bahawa gejala masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Maka dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa aspek pengurusan yang terlibat.


Pertama adalah pengurusan disiplin. Peranan guru unit bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan proses kaunseling terhadap murid yang melakukan kesalahan sangat penting. Ini kerana pelajar yang bermasalah disiplin memerlukan lebih perhatian daripada orang lain dalam memantau aktiviti mereka.




kedua, pengurusan sekolah selamat perlu dititikberatkan dalam sesebuah sekolah. 
Sekolah yang selamat dapat menghindari gejala sosial seperti ponteng sekolah, membuli dan seumpamanya. Pengurusan sekolah selamat yang tidak dilaksanakan dengan sebaiknya akan menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin murid.


Demikianlah isu ini turut melibatkan pengurusan sekolah dan persekitaran. Persekitaran perlulah kondusif  dalam menangani isu ini. Ibubapa khususnya dan masyarakat umumnya tidak boleh melepaskan tanggungjawab hanya pada sekolah kerana faktor persekitaran turut menyumbang kepada berlakunya gejala ponteng sekolah ini.


Thursday, December 26, 2019

Kenali saya

Pulau Berhala, Sandakan, Sabah.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal harap tak menyampah. Maka marilah berkenalan seketika. 


Nama saya Mariati binti Sali, dilahirkan di Sandakan, Sabah pada 16 Mei 1994 (16 mei bersamaan hari guru tau..ermm), sesuailah dengan bidang saya dalam pendidikan. Orang kata bakal-bakal guru. Amiinn. Sebelumnya saya menuntut ilmu  di sekolah (swasta) As-Salam. Meskipun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah kerajaan kerana masalah dokumen/ surat pengenalan diri tetapi kini, saya telah pun menjejakkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Kepujian. Alhamdulillah. 

Bukit Changkat Asa Mualim, Tanjung
Malim, Perak.
Mengumpul koleksi buku dan melakukan aktiviti mendaki (hiking) adalah sebahagian aktiviti yang diminati tetapi mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama bukanlah mudah (maklumlah mendaki ni sebenarnya memenatkan juga ye..hehe)

Tanjung Tuan atau Cape Rachado, Melaka









Demikianlah, setinggi mana kita berada pasti ada kekurangan kerana manusia tidak lepas dari kesilapan. Maka jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat ketika susah mahupun senang dan teruslah melangkah
 walaupun kadang kaki terasa berat melangkah. Ingat!! Rest if you must but don't quit😉

Kawan baru

Setiap orang pastinya mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Demikian juga dalam saya mengenal Nur Syahadah binti Salim yang berumur 21 ta...